KUALA LUMPUR – Datuk Puad Zarkashi hairan apabila 1Malaysia Development Berhad (1MDB) meneruskan saman sivil terhadap Datuk Seri Najib Razak dengan menuntut ganti rugi AS$8 bilion daripada bekas Perdana menteri itu.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu berkata, perkara tersebut pelik kerana berdasarkan jawapan daripada Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat bahawa 1MDB telah mendapat balik asetnya bernilai RM41.5 bilion.
“Saman ini dimulakan masa Muhyiddin jadi PM tahun 2020. Kini saman itu diteruskan juga seperti mana afidavit yang dikemukakan di mahkamah pada 23 Mei 2023.
“Tetapi hairan kenapa dana RM114 Juta yang Mahkamah Tinggi putuskan dipulangkan kepada akaun Najib kerana ia milik UMNO dimasukkan juga dalam saman ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Pada 26 Mei lalu, Najib didakwa membuat pendedahan separa mengenai aset kepunyaannya dalam perbicaraan kes saman 1MDB terhadapnya.
Menurut afidavit yang difailkan oleh Pengerusi 1MDB, Johan Mahmood, Najib mengisytiharkan RM1,010,258.62 dalam akaun banknya dan jumlah itu tidak termasuk wang tunai RM114 juta yang dikembalikan oleh mahkamah terhadapnya pada 2021.
Wang sebanyak RM114 juta itu dikembalikan kepada Najib berikutan keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan kerajaan Malaysia untuk pelucuthakan wang tunai tersebut.
Afidavit Johan juga menyatakan terdapat percanggahan antara aset yang diisytiharkan Najib dan yang diidedahkan untuk saman berasingan dikemukakan SRC International Sdn Bhd.
Mengulas lanjut, Puad berkata pada tahun 2017, sudah ada perjanjian penyelesaian antara 1MDB dan Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC) bagi mendapatkan kembali dana 1MDB.
“Najib empat kali bangkitkan isu ini tetapi Tun M (Mahathir Mohamad) dan Tommy Thomas (bekas Peguam Negara) batalkan perjanjian itu agar naratif wang 1MDB ‘hilang’ boleh terus dieksploitasi untuk cemarkan Najib.
“Akhirnya penyelesaian 1MDB-IPIC diteruskan. MOF umum IPIC-Aabar PJS telah bayar AS$1.8 bilion kepada MKD dan 1MDB. PMX anggap ia kejayaan besar.
“Tetapi kenapa Najib terus dizalimi. 1MDB di bawah MOF. Apa yang mencurigakan ada nama yang turut disaman tetapi nama mereka sudah hilang dari senarai,” katanya. – MalaysiaGazette
Pokcik Puad ni lebih sudu dari kuah banyak KENCING dan TAIK. Najib telah menzalimi diri sendiri malah ANWAR ANWAR tidak campur tangan. ZAHID HAMIDI tidak membantu melepaskan NAJIB RAZAK…
Pokcik Puad ni berhalusinasi bila MEMBAYANGKAN ada NAMA disaman bersama NAJIB hilang dari senarai… ini AUTA atau hanya formula? KAU sauk maklumat mana? jika FAKTA buatlah report POLIS.. nak nak PRN 6 NEGERI ni simpan BODOH tu sikit.