Thursday, December 12, 2024
Home Seni Hidup Saya beli rumah agam di London secara hutang – Rozita

Saya beli rumah agam di London secara hutang – Rozita

Foto Instagram Rozita Ibrahim.

KUALA LUMPUR – Usahawan kosmetik, Rozita Ibrahim mendedahkan dia memiliki sebuah rumah agam di London, England hasil daripada berjimat cermat.

Menerusi Instagram miliknya, ibu kepada usahawa kontoversi, Datuk Seri Aliff Syukri itu memberitahu, rumah tersebut merupakan hadiah untuk dirinya sendiri.

“Tidak siapa tahu masa depan, kita tak boleh memilih ujian apa Allah nak bagi. Sebelum menuju kejayaan bonda sudah biasa susah, orang hina-hina saya tak melawan pun walau saya seorang yang sangat berani. Penat layan sikap manusia, saya diam dan pergi.

“Saya berjimat-jimat dengan emosi perasaan, kewangan, nafsu dan kesihatan badan. Rumah ini hadiah pada diri saya sendiri.

“Saya tak ada kemewahan, hanya ada ini sahaja. Saya beli hutang je pun, bukan beli cash pun,” tulisnya.

Rozita menambah, dia tidak pernah cuti dan sedang membina pasukan untuk dirinya mengurangkan aktiviti bisnes.

“Saya suka banyak travel tapi versi berjimat. Saya bawa staf saya sebab mereka adalah sahabat terbaik hidup saya. Saya meninjau peluang property di sana. Saya nak rehatkan diri dengan anak-anak dan staf menghargai mereka sebagai anak-anak saya juga.

“Minggu ini saya terbang ke London. Insya-Allah saya plan buat bisnes di sana dalam property di Birmingham pula.

“Rumah Bonda di London tujuh bilik, hanya 15 minit dari Lapangan Terbang Heathrow, Euro Star Station sangat dekat dengan rumah Bonda. Ke Kota London hanya 15 minit sahaja,” tutup Rozita. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast