Jemaah umrah Emraz yang berlepas ke Tanah Suci.

KUALA LUMPUR – Emraz Travel and Tours Sdn Bhd (Emraz) sudah mengembalikan wang berjumlah RM2.1 juta melibatkan 421 orang jemaah yang terjejas penerbangan umrahnya sebelum ini.

Pada masa yang sama, Emraz sedang giat melaksanakan proses penstrukturan semula syarikat dalam usaha untuk kembali berdaya saing dan menjadi antara
pemain utama dalam pasaran di negara ini.

Dalam kenyataan di sini hari ini, syarikat itu memberitahu akan menerbangkan 5,000 orang jemaah umrah dalam tempoh enam bulan kedua tahun ini.

Penerbangan pertama selepas musim haji tahun ini, bermula pada 19 Julai dan berakhir pada bulan Disember.

Bagi bulan Julai, seramai 250 orang jemaah bakal berangkat ke Tanah Suci.

Artikel berkaitan:Lesen Emraz digantung enam bulan

Pelanggan Emraz yang terjejas akan dapat balik wang mereka

Pelepasan Trip Pemulihan Operasi Umrah Emraz

Emraz perlu tiga bulan untuk bangkit semula

Penerbangan jemaah merupakan antara tindakan segera dilaksanakan pihak syarikat selain mematuhi arahan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), bagi
tujuan memulihkan operasi Emraz yang terjejas sebelum ini, katanya.

“Pihak pengurusan yakin dapat beroperasi seperti mana biasa dalam jangka masa terdekat,” tambahnya. – MalaysiaGazette