Zulkarnain Endut

KUALA LUMPUR – Emraz Travel & Tours Sdn Bhd (EMRAZ) memberi jaminan bahawa semua pelanggan yang terjejas dengan pakej umrah yang ditawarkan akan mendapat semula wang mereka.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zulkarnain Endut berkata,  syarikat itu  sedang mengemas kini jadual umrah dan membuat pembayaran balik kepada bakal jemaah yang terjejas.

Jelasnya, proses yang dibuat secara berperingkat-peringkat itu boleh diselesaikan dengan mudah dan cepat jika pihak jemaah yang terlibat turut memberi kerjasama kepada pihak pengurusan syarikat.

“Para jemaah diminta hanya merujuk kepada syarikat tersebut untuk mendapatkan info yang sahih,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Zulkarnain menafikan dakwaan kononnya Emraz akan menutup operasinya seperti yang ditular di media sosial. – MalaysiaGazette