SPRM sedang mengesan tiga individu iaitu Teoh Shi Hoe, 47, Lee Chee Kang, 44, dan Dorothy Tye, 55 tahun.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan tiga individu warganegara Malaysia bagi menghadiri prosiding pendengaran lucuthak di Mahkamah Seksyen Jenayah Georgetown, Pulau Pinang, 2 Oktober ini.

Menurut SPRM Teoh Shi Hoe, 47, Lee Chee Kang, 44, dan Dorothy Tye, 55, perlu menghadiri prosiding mahkamah bagi kes di bawah Seksyen 41(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694].

Bagaimanapun kesemuanya gagal dihubungi walaupun usaha mengesan ketiga-tiganya telah dibuat di alamat terakhirnya mereka.

Bagi Teoh Shi Hoe, alamat terakhir yang dikenal pasti ialah 34 MK 9 Teluk Kumbar 11920 Bayan Lepas, Pulau Pinang manakala alamat terakhir Lee Chee Kang, ialah 366 MK 5 Permatang Ara, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Sementara itu, alamat terakhir Dorothy Tye ialah No 162, Chulia Street 10200, Georgetown, Pulau Pinang.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, PPs Muhammad Helmi bin Abdul Kadir di talian 03-88911320 atau 014-7223295 atau emel kepada [email protected]. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here