Salahuddin Ayub

KUALA LUMPUR – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dikejarkan ke hospital 10.15 malam tadi.

Datuk Seri Salahuddin Ayub dilaporkan mengadu mengalami mual dan muntah-muntah, menurut setiausaha akhbarnya, Nur Syakirin Husnal dalam kenyataan di sini hari ini.

Keadaan Salahuddin itu menyebabkan beliau tidak dapat menyertai program yang dijadualkan malam tadi.

Katanya, perkembangan kesihatan Salahuddin akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. – MalaysiaGazette