KUALA LUMPUR – Bila PKR mahu memulakan kempen satu undi untuk Pakatan Harapan (PH) sama dengan satu undi Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi?

Setiausaha Bersatu Bahagian Ampang, Faizan Mohd. Nor menyindir PKR sambil mengatakan ia mungkin dapat menyakinkan pengundi yang Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu menjadi ‘aset’ kepada PH ketika ini.

“Barangkali pengundi PH yang masih terkeliru dengan apa yang berlaku selepas PRU15 boleh faham Ahmad Zahid kini adalah rakan sejati PH walaupun jadi musuh ketat sebelum PRU15,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada PRU15, PKR giat menggunakan kempen ‘Satu undi untuk UMNO sama dengan satu undi untuk Zahid’ terutama dalam kalangan pimpinan utama PKR.

Kempen itu dicanang PKR sehingga menyebabkan Barisan Nasional (BN) hanya mampu menang 30 kerusi Parlimen pada PRU15.

Bagaimanapun, kempen itu lenyap setelah PH mengadakan kerjasama dengan BN dalam membentuk Kerajaan Perpaduan.

Pada 12 Ogos depan, enam negeri akan mengadakan Pilihan Raya Negerinya iaitu Terengganu, Kelantan, Pulau Pinang, Kedah, Negeri Sembilan dan Selangor. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Tak patut tak patut sepatutnya itu adalah tidak patut. ZAHID HAMIDI bukan ASET.. rakyat SELANGOR telah diberi tahu oleh ANWAR IBRAHIM RAFIZI RAMLI bahawa ZAHID HAMIDI Penyamun kaki SAKAU dan akarumbi UMNO ditipu dengan SUMPAH dia kepada ALLAH siap tangis sedu sedan menyakinkan akarumbi UMNO

Comments are closed.