Barang kemas seberat 200 kilogram antara yang dirampas daripada ahli perniagaan bergelar Datuk dan sekutunya oleh SPRM dalam operasi khas yang dijalankan bermula Isnin lalu di beberapa lokasi di ibu negara. Ihsan SPRM

KUALA LUMPUR –  Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk dan sekutunya ditahan dengan wang tunai RM38 juta, emas seberat anggaran 200 kilogram bernilai kira-kira RM60 juta serta 17 kereta mewah dalam Op 82S yang diadakan besar-besaran, kelmarin.

Operasi besar-besarana itu disertai Pasukan Petugas Agensi-Agensi Penguatkuasa Malaysia – Multi Agency Task Force (MATF) yang diketuai oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melumpuhkan satu sindiket rasuah, pecah amanah, penyeludupan barang-barang haram dan pengurangan cukai tidak sah.

Kejayaan itu dilakukan menerusi operasi besar-besaran MATF pada 24 Julai lalu dengan kerjasama enam agensi penguatkuasaan lain iaitu polis, Imigresen, Kastam, Bank Negara Malaysia (BNM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Cyber Security Malaysia (CSM).

Menurut sumber, operasi yang diberi nama Op 82S itu merupakan kes pertama yang dijalankan di bawah MATF yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun.

Barang kemas seberat 200 kilogram dan Wang Tunai berjuta ringgit antara yang dirampas daripada ahli perniagaan bergelar Datuk dan sekutunya oleh SPRM dalam operasi khas yang dijalankan bermula Isnin lalu di beberapa lokasi di ibu negara. Ihsan SPRM

 

ARTIKEL BERKAITAN: Ahli perniagaan bergelar Datuk disyaki terlibat dengan dana meragukan dicekup SPRM

Dalam operasi yang dijalankan pada Isnin lalu itu, serbuan secara serentak telah dilakukan oleh pasukan berkenaan di 34 lokasi di Kuala Lumpur dan Selangor dengan melibatkan kekuatan 315 pegawai pelbagai agensi penguatkuasa.

17 biji kereta mewah antara yang dirampas daripada ahli perniagaan bergelar Datuk dan sekutunya oleh SPRM dalam operasi khas yang dijalankan bermula Isnin lalu di beberapa lokasi di ibu negara. Ihsan SPRM

Ketika dihubungi, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki mengesahkan penahanan sindiket berkenaan yang terdiri daripada ahli perniagaan bergelar Datuk dan sekutunya tersebut.

Barang kemas seberat 200 kilogram antara yang dirampas daripada ahli perniagaan bergelar Datuk dan sekutunya oleh SPRM dalam operasi khas yang dijalankan bermula Isnin lalu di beberapa lokasi di ibu negara. Ihsan SPRM

Malah katanya, kes berkenaan bersama kesemua individu itu sedang disiasat di bawah Akta SPRM 2009, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA)2001, Akta Percukaian 1967 dan Akta Kastam 1967.

Antara 17 kereta mewah milik ahli perniagaan bergelar datuk yang dirampas dan disita pasukan SPRM di bawah AMLA dalam operasi Isnin lalu, Ihsan SPRM

Semalam, SPRM mengesahkan penahanan ahli perniagaan itu selepas disyaki terlibat dalam pengubahan dana yang meragukan bernilai RM500 juta.

Menurut sumber, individu berusia 42 tahun itu diberkas SPRM selepas hadir ke pejabat suruhanjaya itu untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan pada hari ini.

“Ahli perniagaan itu telah dicekup bersama dua lagi individu pada awal pagi hari ini sebaik sahaja dipanggil membantu siasatan oleh SPRM,” katanya.

Ahli perniagaan itu dipercayai terlibat dalam perniagaan pengurusan acara.

Menurut sumber, suspek yang terlibat membawa masuk artis dan selebriti luar negara bagi melakukan persembahan di negara ini kini dikenakan perintah reman oleh Mahkamah Shah Alam. – MalaysiaGazette