PUTRAJAYA – Barisan Nasional (BN) tidak terkejut dengan pengumuman Pengerusi Perikatan Nasional (PN) bahawa Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sungai Buloh, Datuk Harrison Hassan dicalonkan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram.
Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, desas desus Harrison akan diletakkan di DUN Jeram mewakili PN sudah sampai ke telinganya pada bulan lalu.
“Saya sudah dengar sebulan lebih awal, saya tidak terkejut. Kita hanya memerlukan ahli-ahli yang taat kepada parti mengikut peraturan parti jika mereka lebih taat parti lain eloklah pilihan itu dibuat oleh mereka.
“Apabila ianya disahkan untuk bertanding atas tiket parti lain maka mengikut Perlembagaan UMNO dan juga peraturan dalam Lembaga Displin secara automatik tergugur keahliannya,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Sosial Negara kali kedua di bangunan Perdana Putra, hari ini.
Jelas Ahmd Zahid, pihaknya tidak mempunyai maklumat sama ada Harrison sudah keluar daripada parti sebelum pengumuman caon dibuat Muhyiddin semalam.
Semalam, Muhyiddin mengumumkan Harrison sebagai calon PN untuk DUN Jeram bersama-sama 55 lagi calon lain pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor.
Dalam sidang media sama, Ahmad Zahid menolak dakwaan bahawa UMNO membincangkan calon jawatan Timbalan Menteri Besar dan Timbalan Ketua Menteri yang akan dilantik selepas PRN.
Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, ia akan dibuat selepas parti dalam Kerajaan Perpaduan memenangi PRN pada 12 Ogos depan.
“Kita tidak pernah pun membincangkan perkara itu, let us cross the bridge first (biar menang dahulu) untuk itu kita tunggu selepas 12 Ogos dan kita yakin apa yang penting ialah sekurangnya tiga negeri yang sedia ada kerajaan di bawah Kerajaan Perpaduan untuk memenangi semula negeri berkenaan.
“Jangan pernah terfikir untuk lebih daripada memenangi kerusi-kerusi yang telah diperuntukkan kepada mana-mana parti. Tiga negeri yang bukan di bawah Keraajan Perpaduan kita mesti berusaha dengan lebih kuat dan penuh kebijaksanaan politik untuk kita meraih dokongan daripada pengundi di negeri berkenaan,” katanya.
Isnin lalu, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari berkata, masih terlalu awal untuk keraajan perpaduan membincangkan kewujudan jawatan Timbalan Menteri Besar di negeri itu.
Jelasnya, gabungan seharusnya menumpukan kepada kemenangan PH-BN sebelum membincangkan isu jawatan Timbalan Menteri Besar. – MalaysiaGazette
ZAHID tahu sebulan awal..
ZAHID tak bincang MB dan Timbalan
ZAHID tidak terperanjat..
boleh percaya ke… dengan akarumbi MENIPU dengan rakan politik MENIPU siap bersumpah dengan NAMA ALLAH pun Allah dia TIPU… ZAHID ZAHID… semuga kesihatan dijaga dan ketahuilah dengan redha.. ada yang stroke bila sengaja munafik dengan SUMPAH nama ALLAH