surash
Surash Sreenivasan menunjukkan watikah pencalonannya, hari ini. Gambar: PN Negeri Sembilan

SEREMBAN – Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan mengumumkan baki dua calonnya yang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang dan DUN Sri Tanjung.

Ketua Bilik Gerakan Utama PN Negeri Sembilan, Affendy Salleh berkata, Datuk Seri Surash Sreenivasan bakal mewakili PN di Jeram Padang manakala Zabidi Ariffin akan bertanding Sri Tanjung.

Dengan pengumuman tersebut, senarai calon PN yang akan bertanding di semua 36 kerusi DUN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan kini lengkap.

Zabidi Ariffin menunjukkan watikah pencalonannya, hari ini. Gambar: PN Negeri Sembilan

Untuk rekod, Surash pernah bertanding sebagai calon bebas di kerusi DUN Jeram Padang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Beliau bakal bertembung dengan calon Barisan Nasional (BN), Mohd Zaidy Abdul Kadir.

Zabidi pula akan bertembung dengan calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi DUN Sri Tanjung, Dr Rajasekaran. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast