JOHOR BAHRU – Seramai 30 pelajar yang digelar ‘Eco Warriors’ terlibat dalam Program Eco Lestari anjuran Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) dan Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ), baru-baru ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor, Norlizah Noh berkata, program itu masih dalam tempoh percubaan yang melibatkan tiga sekolah terpilih di sekitar Gelang Patah, Johor Bahru.
“Program Eco Lestari ini adalah ‘pilot project’ yang memfokuskan kelestarian dan membudayakan alam sekitar.
“Program ‘Eco Warriors’ ini melibatkan penyertaan murid dari tiga sekolah terpilih di kawasan sekitar Gelang Patah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Pendas Laut, SK Tg Kupang dan SMK Tg Adang,” katanya menerusi kenmyataan media yang dikomgsi hari ini.
Turut hadir Ketua Pegawai Kewangan PTP, Muhammad Abdullah Hatta; Pegawai Pendidikan Daerah Johor Bahru, Mohd Kamal Ahmad Untong; Pengasas Kelab Alami, Dr. Serina Rahman serta wakil rasmi LPJ, Arzanizam Muhammad.
Norlizah berkata, program seperti itu menjadi platform terbaik memupuk budaya serta minda masyarakat khususnya dalam kalangan pelajar sekolah dalam memelihara alam sekitar..
Usaha tersebut selari dengan Agenda Johor Bersih yang menjadi komitmen Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.
“Tahniah dan syabas di atas semangat, komitmen dan dedikasi semua pihak dalam menjayakan program ini.
“Semoga manfaat yang diperolehi kelak dapat dipraktik menjadi amalan hidup yang lestari demi masa depan bumi kita,” katanya.