KUALA LUMPUR – Pemberian kedit e-tunai RM100 kepada semua rakyat dewasa di negara ini yang merangkumi golongan B40 dan M40 akan dilaksanakan pada suku keempat tahun ini.

Kementerian Kewangan berkata, pihaknya sedang memperincikan inisiatif itu dengan pemegang taruh.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap dalam Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat, baru-baru ini menawarkan kredit e-tunai RM100 itu kepada golongan berpendapatan tahunan RM100,000 ke bawah.

Menurutnya, inisiatif membabitkan peruntukan sekitar RM1 bilion itu dibuat selepas kerajaan melihat kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast