Chow Kon Yeow semasa Walkabout menyantuni pengundi kawasan PRN Negeri Pulau Pinang di Pasar Awam Perkampungan Juru di Batu Kawan pagi tadi.

BATU KAWAN – Peluang gabungan Pakatan Harapan (PH) – Barisan Nasional (BN) berpeluang cerah untuk mempertahankan Pulau Pinang pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, bagi mencapai matlamat itu usaha perlu dipertingkatkan khususnya di kawasan majoriti Melayu yang mana Perikatan Nasional (PN) dilihat mempunyai kelebihan di kawasan tersebut.

“Kita perlu berusaha lebih gigih lagi dan saya percaya kempen calon perpaduan akan cuba sedaya upaya membawa mesej perpaduan, mesej pertumbuhan ekonomi dan kestabilan kepada pengundi supaya mendapat mandat baharu kepada Kerajaan Perpaduan seiring kerajaan Persekutuan untuk meneruskan pembangunan di negeri ini.

“Saya tak mahu pandang rendah terhadap parti-parti lawan, tetapi secara ikhlas dan jujur
mereka (Perikatan Nasional) tidak mempunyai peluang sama sekali. Saya rasa macam itulah,” katanya semasa acara walkabout di Pasar Awam Perkampungan Juru, di sini, hari ini.

Menurut Kon Yeow, selepas lebih tiga hari berkempen dan menyantuni orang ramai, pengundi PH berpeluang amat cerah untuk mencatat kemenangan di Pulau Pinang, termasuk di kawasan Dewan Undangan Negeri Bukit Tengah. – MalaysiaGazette