PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

LUMUT – Perselisihan faham ketika urusan jual beli sarang burung walet di sebuah rumah tidak berpenghuni disyaki menjadi faktor seorang lelaki cedera ditembak di Jalan Utama Segari-Pantai Remis di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Mohamed Nordin Abdullah berkata, polis menerima maklumat dari orang awam seorang lelaki berusia 26 tahun ditembak oleh seorang lelaki ketika pertemuan itu.

“Mangsa mengalami kecederaan di pergelangan tangan kiri dan kini masih dirawat di hospital. Hasil pemeriksaan di tempat kejadian oleh pasukan forensik berjaya menemui dua butir kelongsong peluru, “ katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Mohamed Nordin berkata, mangsa kini dalam keadaan stabil dan masih dirawat di hospital, polis masih menyiasat motif sebenar kejadian.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai cubaan membunuh dan disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta denda.

Beliau juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian menghubungi pegawai penyiasat Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung Inspektor Muhamad Irsyadiman Allmui di talian 011-17836233. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast