Kerja-kerja pembaikan selesai jam 12.30 tengah hari tadi.

KUALA LUMPUR – Kerja-kerja pembaikan susulan insiden injap pecah akibat kemalangan jalan raya di Jalan Kuching, Kuala Lumpur telah siap dilaksanakan pada jam 12.30 tengah hari tadi.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd. (Air Selangor) berkata, bekalan air sudah mula disalurkan secara berperingkat-peringkat kepada premis pengguna dan dijangka pulih sepenuhnya pada jam 12.30 tengah hari esok.

Sebelum ini Air Selangor memaklumkan kerja-kerja pembaikan ini menyebabkan 40 kawasan di wilayah Gombak mengalami gangguan bekalan air.

Tempoh masa pemulihan bekalan air kepada pengguna adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.

Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan dengan insiden ini dari semasa ke semasa menerusi semua medium khususnya media massa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast