Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Polis Gombak sedang mengesan seoranag suspek yang cuba meragut rantai leher seorang warga emas lelaki di laluan masuk ke Pangsapuri Angsana, Taman Raintree, Batu Caves, Selangor.

Kejadian itu berlaku pada 3 Ogos lalu, kira-kira jam 12.08 tengah hari ketika mangsa yang berusia 71 tahun sedang menaiki motosikal.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Zainal Mohamed berkata, semasa tiba di lokasi kejadian, mangsa telah ditahan oleh seorang lelaki yang menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha 135 LC berwarna biru/hitam dengan berpura-pura bertanya kepada pengadu.

Ketika berbual, suspek telah menarik rantai emas milik pengadu tetapi tidak berjaya dan suspek terus melarikan diri.

Kes disiasat di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan dan usaha untuk mengesan suspek masih diteruskan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut diminta tampil untuk membantu siasatan dan boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Nor Adiba Mohamad Nordin melalui nombor talian 03-61262222/ 012-8819215. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast