Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Perang bendera melengkapkan suasana penuh warna-warni ketika tempoh berkempen bagi musim Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN15) Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu.

Tinjauan lensa Malaysia Gazette pada hari ke-12 mendapati kebanyakan bendera parti dan poster dipasang memenuhi jalan-jalan utama, malah ‘billboard’ turut dinaikkan tanda kekuatan parti bagi menarik minat pengundi.

Waktu berkempen hanya tinggal 3 hari lagi sebelum hari mengundi pada 12 Ogos ini.

Sebuah pesawat melintasi bendera Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional yang dihiasi di sepanjang jalan sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-15 Selangor ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Melayu Subang, Selangor. Foto MUHD NA’IM, 09 OGOS 2023.

Bas calon Pakatan Harapan N.18 Hulu Kelang, Juwairiya Zulkifli kelihatan merancakkan lagi suasana kempen sempena Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN15) Selangor ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Selangor. Foto FAREEZ FADZIL, 09 OGOS 2023.
Penyokong menghiasi motosikalnya dengan bendera Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (PH-BN) merancakkan lagi kempen sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor ke-15 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Gombak, Selangor. Foto WAN NABIL NASIR, 09 OGOS 2023.
Kibaran bendera Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan Bebas yang dipasang bagi memeriahkan lagi kempen Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN15) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar kawasan Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan. Foto AFFAN FAUZI, 09 OGOS 2023.
Kibaran bendera Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan yang dihiasi di sepanjang Jambatan Tok Pasai bagi merancakkan lagi kempen Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN15) Kedah ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kuala Kedah. Foto MOHD ADZLAN, 09 OGOS 2023.
Kibaran bendera Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan yang dihiasi di sepanjang Jambatan Tok Pasai bagi memeriahkan lagi kempen Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN15) Kedah ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kuala Kedah. Foto MOHD ADZLAN, 09 OGOS 2023.
Penduduk hadir pada Program Santai Minum Petang Tokmat bersama Veteran ATM sambil memakai topi Barisan Nasional sempena kempen Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN) di Kampung Keling, Rembau, Negeri Sembilan. Foto AFFAN FAUZI, 09 OGOS 2023.
Potret wajah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor digunakan pada billboard PN Selangor dalam kempen sempena Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN15) Selangor ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Sungai Panjang, Selangor. Foto MUHD NA’IM , 09 OGOS 2023.