Bendera Pakatan Harapan dan Barisan Nasional dikibarkan oleh penyokong yang hadir pada Jelajah Mega Madani ketika di Laman Niaga Bandar Baru Bangi. Foto MOHD ADZLAN 07 JULAI 2023.

KUALA LUMPUR – Gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN)  memperoleh majoriti dua pertiga pada Pilihan Raya Negeri di Negeri Sembilan berdasarkan data keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya pada 10.33 malam ini.

Gandingan PH-BN itu menguasai 24 kerusi daripada keseluruhan 36 kerusi, sekali gus membentuk kerajaan yang lebih kukuh.

Sementara itu, Perikatan Nasional (PN) memperoleh tiga kerusi.

DUN Negeri Sembilan dibubarkan pada 1 Julai lepas selepas mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Pada PRU14, PH menguasai 20 kerusi iaitu DAP dengan 11 kerusi, PKR (enam) dan Amanah (tiga), manakala BN memenangi 16 kerusi iaitu UMNO (15) dan MIC satu kerusi.

— BERNAMA