Calon Perikatan Nasional (PN) N.03 Kota Siputeh, Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir sempena Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN15) Kedah di Kampung Baru Tepi Laut, Ayer Hitam, Kedah. Foto MOHD ADZLAN, 03 OGOS 2023.

ALOR SETAR – Calon Perikatan Nasional (PN), Mohd. Ashraf Mustaqim Badrul Munir yang mencipta kejutan dengan merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kelmarin lebih selesa dipanggilan namanya sahaja.

Mohd Ashraf Mustaqim selesa sekiranya penduduk memanggil dirinya Ashraf atau nama mesranya Acab berbanding Yang Berhormat (YB) walaupun memenangi kerusi DUN Kota Siputeh pada PRN Kedah.

Beliau yang juga Ketua Penerangan Armada Bersatu itu tidak kisah penduduk Kota Siputeh memanggil namanya macam biasa seperti sebelum ini sekali gus akan berkhidmat kepada semua.

“Semua atas izin Allah dan kurniaNya. Pohon doa sokongan berterusan agar dipermudah khidmat bakti saya kepada warga Kota Siputeh,” tulis di media sosial miliknya sambil membuat tanda pagar #PanggilAcabCukupDah.

Pada Pilihan Raya Negeri lau, beliau menang dengan majoriti 13,090 undi apabila memperoleh 17,180 undi mengalahkan penyandang DUN, Dr Salmee Binti Said dari Pakatan Harapan (PH) yang hanya memperoleh 4,090 undi dan Abdul Bin Ramli@Latif (Bebas) memperoleh 312 undi.

Mengulas lanjut, Mohd Ashraf Mustaqim memberitahu, dia pernah berkhidmat dengan beberapa pemimpin termasuk bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menggunakan pengalaman untuk menabur bakti kepada segenap lapisan masyarakat.

Beliau juga merupakan bekas jurugambar portal berita, MalaysiaGazette sebelum menceburi bidang politik.

Dalam perkembangan sama, beliau berterima kasih kepada semua pihak termasuklah jentera daripada Bersatu dan Pas yang membantu hingga membawa kemenangan kepada dirinya di Kota Siputeh.

Beliau memaklumkan, beliau akan memastikan nasib semua rakyat terbela, sekali gus tiada sesiapa yang terpinggir melalui manifesto Iltizam Suara Siputeh.

Mohd Ashraf Mustaqim pernah bertanding di Parlimen Paya Besar pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 namun tewas kepada Datuk Shahar Abdullah dari Barisan Nasional. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast