Peguam Negara
Idrus Harun

KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara (AGC) memfailkan notis rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang melepas dan membebaskan bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi parti Bersatu berkaitan projek Jana Wibawa.

Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun berkata permohonan yang telah diputuskan oleh mahkamah sebentar tadi hanyalah berkenaan dengan empat pertuduhan bagi kesalahan di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Tiga lagi pertuduhan di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 ke atas Tan Sri Muhyiddin masih kekal dan tarikh sebutan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur ialah pada 19 Sept 2023,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Idrus berkata demikian ketika merujuk keputusan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin yang membenarkan permohonan Muhyiddin untuk membatalkan empat pertuduhan predikat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM dan seterusnya memerintahkannya dilepas dan dibebaskan daripada keempat-empat pertuduhan predikat itu.

Muhammad Jamil melepas dan membebaskan Muhyiddin, 76, setelah mendapati keempat-empat pertuduhan dihadapi Pengerusi Perikatan Nasional itu adalah kabur dan tidak berasas kerana ia tidak menyatakan butiran kesalahan dilakukan.

Muhyiddin, sebagai Perdana Menteri (ketika itu) dan Presiden Bersatu, didakwa menggunakan kedudukan beliau untuk suapan berjumlah RM232.5 juta daripada tiga syarikat iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd dan Mamfor Sdn Bhd serta Datuk Azman Yusoff bagi parti itu.

Beliau dituduh melakukan perbuatan itu di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021.

Selain empat pertuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan, Muhyiddin turut berdepan dua pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM195 juta daripada Bukhary Equity yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank milik Bersatu.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Cawangan Menara KL, Jalan Stesen Sentral di sini antara 25 Feb 2021 dan 16 Julai 2021 serta 8 Feb dan 8 Julai 2022.

Ahli Parlimen Pagoh itu juga didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 13 Mac lepas atas satu pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM5 juta dan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen di sini untuk dibicarakan bersama.- BERNAMA

ARTIKEL BERKAITAN:

Mahkamah lepas dan bebaskan Muhyiddin daripada empat tuduhan rasuah

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

4 Komen

  1. AGC ni rasa ada kelayakan ke? lain kali buat kajian mendalam jangan buat rumusan dengan ORANG DALAM… untuk SEBUTAN bulan September tu…. tunggu je lah.. rakyat dah celaru dengan formula Rafizi jangan buat rakyat buntu dengan Perundangan pula… atau perlu ANWAR IBRAHIM tukarkan….

  2. Kalau kerajaan hancing nak menang juga amik hakim lain, anda lebih mengenali? Buat lah cara lain, hangpa memang bijak nak perkenakan musuh politik anda.

    Apa2 pun kami bersyukur orang kuat kami lepas bebas, hakim kata takde kes.

    Ini pandangan orang awam sahaja. Kami menjunjung keluhuran dan keadilan undang2.

  3. PMX ANWAR MUNAFIK dan sekutunya BUAT FITNAHHHH bahawa TSMY SAKAU RM600 biliooonnnn..bila hilang Kemaluann mereka ubah FITNAH RM232.5 JUTA Pula

    TIDAK HERAN mereka buat fitnahhh RM90 JUTA PAS terima dari umnongok dan terima DANA taukeh judi
    ANWAR MUNAFIK akan ushakan ZAHID MUNAFIK bebas pertuduhan…lihatlah

    INSHA ALLAH MEREKA YANG MUNAFIK DAN BUAT FITNAHHH AKAN TERIMA BALASAN DUNIA AKHIRAT

  4. sepatutnya peguam negara tidak perlu campur hal-hal politik dalam negara, lebih baik fokus kepada isu-isu kedaulatan negara. Banyak lagi kes-kes yang tidak selesai seperti tuntutan raja sulu, pulau-pulau yang nak tergadai dan persempadanan negara.

Comments are closed.