Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR – Pengerusi Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berjaya dalam permohonannya dalam membatalkan empat pertuduhan menggunakan kedudukan untuk menerima suapan RM232.5 juta.

Mahkamah Tinggi yang membuat ketetapan itu sekaligus melepas dan membebaskan bekas Perdana Menteri itu daripada keempat-empat pertuduhan dihadapinya.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Muhammad Jamil Hussin ketika membuat keputusan memutuskan keempat-empat pertuduhan adalah cacat, tidak berasas dan kabur.

Muhammad Jamil berpandangan andai perbicaraan itu diteruskan Muhyiddin tidak akan dapat pembelaan sewajarnya selain menjadikan pendakwaan terhadapnya sebagai penyalahgunaan proses mahkamah.

Pada 10 Mac lalu, Muhyiddin didakwa di ibu negara atas enam pertuduhan iaitu empat tuduhan menggunakan kedudukan mendapatkan rasuah RM232.5 juta dan dua kesalahan pengubahan wang haram membabitkan RM195 juta. -MalaysiaGazette

4 Komen

  1. Rakyat bawahan dah lama mengatakan ianya hanyalah kes yang dibuat2 oleh musuh2 politik beliau. Rakyat di 6 negeri berbondong2 telah memberikan undi kepada PN dalam referundum rakyat baru2 ini. Pendakwaan ini hanyalah membazirkan masa kakitangan kerajaan yang menyiasat dan membuang masa mahkamah sahaja.

    Mereka yang merekacipta cerita tersebut haruslah didakwa dan menanggung segala kos yang telah dibazirkan.

  2. ZAHID HAMIDI sampai timbul urat merih memohon KES SAKAU dia… tup tup Muhyidin yang dituduh BERAT oleh PMX ANWAR IBRAHIM didapati tiada “ruang kesalahan”. harap ZAHID dongak-dongak lah ke atas menadah tangan. ZAHID HAMIDI are you ready

  3. Berita ni mungkin tidak melapor dengan tepat. Walaupun bebas proses pendakwaan masih panjang.

  4. PMX ANWAR MUNAFIK dan sekutunya BUAT FITNAHHHH bahawa TSMY SAKAU RM600 biliooonnnn..bila hilang Kemaluann mereka ubah FITNAH RM232.5 JUTA Pula

    TIDAK HERAN mereka buat fitnahhh RM90 JUTA PAS terima dari umnongok dan terima DANA taukeh judi

    INSHA ALLAH MEREKA YANG MUNAFIK DAN BUAT FITNAHHH AKAN TERIMA BALASAN DUNIA AKHIRAT

Comments are closed.