Seorang wanita parah selepas kereta Perodua Myvi dipandunya terbabas sebelum besi pembahagi jalan menembusi kenderaannya mengakibatkan mukanya terkoyak dalam nahas di berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Naning, Alor Gajah, petang tadi. Gambar - Ihsan JBPM Melaka

ALOR GAJAH – Seorang wanita parah selepas kereta Perodua Myvi dipandunya terbabas menembusi besi pembahagi jalan mengakibatkan mukanya terkoyak dalam nahas di berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Naning, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.20 petang itu, mangsa pemandu berusia 29 tahun yang berlumuran darah dan cuba menutupi muka yang terkoyak dengan kain dikeluarkan dari kenderaan oleh anggota bomba.

Ibu mangsa berusia 56 tahun yang duduk di bahagian penumpang hadapan bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan.

Pasukan Bomba mengambil masa kira-kira lima minit untuk melakukan perawatan awal terhadap pemandu sebelum mengeluarkannya dari kenderaan.
Gambar – Ihsan JBPM Melaka

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Tc. Zulkhairani Ramli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 3.23 petang sebelum jentera bersama 10 anggota dikejarkan ke lokasi.

“Sebaik tiba didapatisebuah Perodua Myvi terbabas berhampiran SMK Naning dan pasukan mengambil masa kira-kira lima minit untuk melakukan perawatan awal terhadap pemandu sebelum mengeluarkannya dari kenderaan.

“Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, ibu mangsa berusia 56 tahun pula mengalami kecederaan ringan.

Operasi terkawal pada jam 3.48 petang dan ditamatkan sepenuhnya pada jam 3.56 petang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here