Penunggang motosikal maut di Lebuhraya Sultan Iskandar dari arah Jalan Duta menghala ke Jalan Tun Razak, petang tadi.

KUALA LUMPUR – Seorang penunggang motosikal maut dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas sendiri dalam kejadian di Lebuhraya Sultan Iskandar dari arah Jalan Duta menghala ke Jalan Tun Razak, petang tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu sekitar jam 3.38 petang melibatkan seorang lelaki tempatan berusia 30-an.

“Siasatan awal mendapati, mangsa sedang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR di laluan selekoh dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas di sebelah kanan pembahagi jalan.

“Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Penolong Pegawai Perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, mayat mangsa kemudian telah dibawa ke HKL untuk proses bedah siasat serta mengenal pasti punca kematian.

Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Orang ramai atau saksi kejadian yang mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Trafik Tun H.S. Lee di talian 03-2071 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” jelasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here