Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa meluangkan masa berkunjung ke ruang tapak pameran Advance Pact selepas Majlis Perasmian Healthcare Facility Management Conference and Exhibition 2023 di Pusat Pameran dan Konvensyen IOI, Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 17 OGOS 2023.

PUTRAJAYA – Selepas 25 tahun, Persidangan dan Pameran Perkhidmatan Sokongan Hospital  (HcFM CONFEX 2023) kembali memeriahkan industri kesihatan negara.

Menurut Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, program berkenaan diadakan untuk mempamerkan perkembangan baru dan inisiatif terkini dalam pengurusan kemudahan penjagaan kesihatan.

“Memfokuskan kepada perkhidmatan sokongan hospital seperti perkidmatan penyelenggaraan kejuruteraan fasiliti, perkidmatan penyelenggaraan kejuruteraan biomedikal, perkhidmatan pembersihan, perkhidmatan linen, perkhidmatan pengurusan sisa penjagaan kesihatan dan juga program kelestarian serta aset dan sistem informasi di hospital-hospital kerajaan,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian.

Tambah beliau, kerjasama di antara pihak kerajaan dan swasta penting dalam memperkasa usaha murni membangunkan negara termasuklah dalam perkhidmatan kesihatan.

“Melaluiplatformkerjasama strategik yang sedia ada dengan penyedia perkhidmatan sokongan hospital, kemudahan-kemudahan yang memerlukan pelaburan dan implikasi kewangan yang besar kepada kerajaan seperti kemudahan loji pelupusan sisa klinikal, sistem informasi, pembiayaan inovasi teknologi seperti penyediaan dan penggunaan robot, artificial intelligence (AI), dan automasi dapat diwujudkan untuk membantu dalam mereformasikan industri kesihatan negara,” ujarnya.

Zaliha tidak menafikan program seperti ini dapat menyumbang kepada mengurangkan beban kewangan kerajaan dan pentadbiran pengurusan perkhidmatan bukan teras yang pastinya akan meningkatkan produktiviti di hospital.

“Dengan kerjasama awam-swasta atau public private partnership (PPP) sektor klinikal pastinya dapat menumpukan perhatian kepada penjagaan kesihatan kepada rakyat,” tambahnya.

Tema persidangan pada hari ini ialah “Sustainable Healthcare Facility Management through Technology and Innovation”.

Sebanyak lima syarikat penyedia perkhidmatan sokongan hospital di hospital-hospital Kementerian Kesihatan iaitu – Radicare (M) Sdn Bhd, Medivest Sdn Bhd, UEM Edgenta Sdn Bhd, Sedafiat Sdn Bhd dan One-Medicare Sdn Bhd.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast