Dr Muhamad Akmal Saleh

KUALA LUMPUR  – Pergerakan Pemuda UMNO tidak teragak-agak untuk bertindak lebih agresif sekiranya suara dan cadangan sayap parti itu tidak didengar barisan kepimpinan parti.

Jelas ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh,  sayap UMNO tersebut akur dengan arahan untuk menggunakan saluran yang betul dengan mengadakan post-mortem tertutup bagi membincangkan prestasi parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri baru-baru ini.

Dalam ucapannya, Dr Akmal menggunakan ‘dia’ di dalam kepimpinan UMNO  mahu mereka pada malam ini dalam Post-Morterm Pilihan Raya 6 Negeri Pemuda UMNO ‘Di Mana Salah Kita’ supaya menghormati parti.

Bagaimanapun tidak dapat disahkan siapa ‘dia’ dalam parti  yang dimaksudkannya.

“Dia minta pemuda hormati saluran kita hormati, kita tidak kurang ajar kita bincang baik-baik tapi kalau suara Pemuda tidak didengar maka berhadapanlah dengan suara Pemuda satu Malaysia.

“Saya tidak akan pernah takut dan gentar bawa suara saudara semua ini janji saya. Kita akan mengadap (kepimpinan) tidak akan tinggal satu pun suara.

“Kita bagi apa mereka nak, kita ikut apa mereka nak tapi saya tidak akan teragak-agak jika suara kita terus dibakul sampahkan untuk kita bertindak jauh agresif daripada hari ini,” katanya ketika berucap sebelum diskusi post-morterm bermula.

Post-mortem pada malam ini diadakan selepas Barisan Nasional (BN) hanya menang 19 daripada 108 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi dalam PRN baru-baru ini.

Sebanyak empat slot diskusi yang diadakan malam ini secara tertutup.

Dalam masa yang sama,  Dr Akmal memberi jaminan semua cadangan, pandangan dan pendirian yang disuarakan oleh anggota Pemuda pada malam ini akan disampaikan kepada kepimpinan UMNO.

“Saya tidak akan pernah takut dan gentar bawa suara saudara semua ini janji saya. Kita akan mengadap (kepimpinan) tidak akan tinggal satu pun suara,” tambahnya.

Terdahulu Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu berkata, semua ahli sayap menggalas tanggungjawab dan peranan untuk memartabatkan kembali parti yang kini dilihat berada di prestasi yang merudum.

Sehubungan itu, katanya, UMNO perlu berani melakukan perubahan.

“Apa sekali pun UMNO mesti berubah. Apa sekali pun kita telah diubah. Apa sekali pun, jika kita terus lena dibuai mimpi satu hari nanti UMNO pasti akan dikuburkan dan kita tidak membenarkan perkara itu terjadi.

“Tugas kita berat hari ini, sangat berat. Apa yang kita putuskan hari ini inilah yang akan menentukan perjalanan kita sebagai Pemuda UMNO selepas ini.

“Saya tidak gentar walaupun ditekan, tidak berganjak walau ditolak saya tidak memekakkan telinga, tidak membutakan mata kerana yang penting adalah kita mesti memartabatkan UMNO,” tegasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Perkara paling BESAR rakyat benci UMNO adalah “BIADAP” Ketua Kampung dan Ketua Cawangan hanya DIA yang betul serta tidak melakukan “KERJA DIAMANAHKAN” secara telus dan “MENGUTAMAKAN” kepentingan DIRI. Ini berlaku hampir 100% di seluruh NEGARA. Pemuda UMNO harus KERAT manusia-manusia ini dengan BERANI dan TEGAS untuk membuang PENYAKIT KRONIK.
    Jika perlu ZAHID HAMIDI dan Mohammad Hassan dipisahkan dari MKT sediada terutama jawatan secara lantikan President. ANDA boleh melakukan kerana TIADA REKOD SAKAU kerana sebelumnya ini menjadi UGUTAN menghalang. go Pemuda Pemudi..

Comments are closed.