Perdana Menteri yang juga Presiden Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim diiringi Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi danCalon Barisan Nasional (BN) N.27 Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan pada Majlis Pengumuman keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 12 OGOS 2023.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu mempertimbangkan agar Datuk Seri Mohamad Hasan dilantik ke jawatan Timbalan Perdana Menteri menggantikan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Tindakan itu perlu bagi memastikan kestabilan kerajaan perpaduan sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Penganalis politik, Dr. Mohammad Tawfik Yaakub berpendapat, peralihan tugas itu perlu untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri dan pada masa sama Mohamad yang lebih dikenali sebagai Tok Mat memangku tugas Presiden UMNO sehingga PRU16.

“Namun, saya melihat Ahmad Zahid tidak semudahnya akan berundur walaupun ada desakan daripada pelbagai pihak.

“Ia melainkan Ahmad Zahid dan Tok Mat sepakat bersama untuk berundur bagi memberi ruang pemulihan kepada UMNO sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelas Mohammad Tawfik, ia pernah dilakukan pada 2018 apabila Tok Mat mengetuai Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands dan Tanjung Piai, pencapaian UMNO-Barisan Nasional (BN) sangat cemerlang sehingga kedua-dua kawasan tersebut dimenangi BN.

Pensyarah Kanan di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya (UM) itu turut berkata, rakyat sudah nampak apa yang berlaku kepada UMNO-BN dan telah dua kali parti itu berhadapan dengan situasi sukar.

Ia semakin memburuk apabila kedudukan UMNO-BN terus mengalami kemerosotan kerusi yang amat teruk iaitu pada PRU15 dan semasa enam Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini.

Malah menurut Mohammad Tawfik, sekiranya Ahmad Zahid masih kekal memegang tampuk UMNO, Pakatan Harapan (PH) juga akan menerima tempias yang dialami oleh UMNO-BN.

“Apatah lagi negara akan berhadapan dengan PRK Pulai, Simpang Jeram dan negeri Sabah selepas ini.

“Justeru ‘pendarahan politik’ yang sedang dialami oleh UMNO perlu dihentikan segera kerana bukan sahaja boleh melemahkan UMNO-BN tetapi akan mewujudkan beban kepada PH,” katanya.

Sebelum ini, Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik (Kita), Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Dr. Kartini Aboo Talib berkata, Ahmad Zahid perlu berjiwa besar melepaskan jawatan Presiden UMNO secara terhormat untuk tidak lagi menjadi liabiliti kepada BN dan PH.

Krisis dalaman UMNO susulan protes terhadap Ahmad Zahid, jelasnya, menyebabkan wujud undi sabotaj akar umbi parti itu sehingga memangkah Perikatan Nasional (PN) pada PRN lalu. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Sebelum PRU 15 berbuih mulut akarumbi suruh ZAHID keluar tapi mengkarung-mengkarung LAPAR mempertahan untuk MAKAN. So Lokman Adam, Isham Jahil, Asyraf, Ahmad Maslan, Khaled Nordin, Puad Zarkasi dan ramai lagi yang bengap-bengap suruh ZAHID kekal.. masalah paling besar Mat Hasan jenis PENAKUT hanya tunggu MEMERANGKAP. Ini telah dirancang dan Mat Hasan bertukar KEPUTUSAN 360… Mat Hasan juga perlu dikeluarkan..

  2. Buat masa sekarang akar umbi merasakan Hishamuddin yang paling layak untuk memangku kerusi presiden, selain mempunyai rekod bersih beliau juga sangat berpengalaman luas.

    Ayuh jangan tunggu lama sebelum UMNO pupus selepas PRU16 nanti.

  3. Hishamudin si ular sawa jadi presiden? Elok saja kalau UMNO dibubar dan semua ahli masuk BERSATU. Sebab dia pun selamanya pro PN. Tak payah susah payah nak suruh wak zahid undur sebab di jauh lebih berprinsip dan laksamana UMNO. Hishamudin tu apa benda pondan dan macam lembu dicucuk hidung.

Comments are closed.