Liang lahad yang telah siap digali bagi proses pengebumian jenazah juruterbang pesawat Beechcraft Premier 1 yang terhempas di Elmina, Allahyarham Shahrul Kamal Roslan di Tanah Perkuburan Klang Gate , Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 19 OGOS 2023.

KUALA LUMPUR – Liang lahad juruterbang pesawat Beechcraft Premier 1 yang terhempas, Allahyarham Shahrul Kamal Roslan telah siap digali di Tanah Perkuburan Klang Gate.

MalaysiaGazette difahamkan, ia telah siap digali sejak semalam untuk memudahkan dan melancarkan perjalanan terakhir jenazah. 

Difahamkan, waris mangsa kini sedang menantikan jenazah Shahrul di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain menjangkakan jenazah kemalangan tragedi berkenaan boleh dituntut sekurang-kurangnya bermula Isnin ini.

Jelas beliau ini kerana cebisan-cebisan mayat perlu dihantar Jabatan Kimia Malaysia terlebih dahulu untuk tindakan selanjutnya sebelum diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian.

Namun pada hari ini, jenazah pertama keluar daripada hospital tersebut adalah penunggang p-hailing yang berasal dari Kedah, Muhamad Hafiz Muhamad Saleh,32.

Pada Khamis yang lalu, 10 maut dalam insiden pesawat ringan terhempas di Lebuhraya Guthrie, dekat Elmina, Shah Alam pada 2.40 petang.

Pesawat yang berlepas dari Langkawi itu sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Subang (SARP) pada 2.50 petang.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast