UMNO Bahagian Petaling Jaya

KUALA LUMPUR – Ahli UMNO disaran supaya tidak asyik menuding jari dan mendesak kepimpinan parti untuk meletakkan jawatan.

Ketua Bahagian UMNO Petaling Jaya, Datuk Mutalif Abdul Rahim yang mengakui prestasi parti yang teruk pada pilihan raya di enam buah negeri baru-baru ini memohon agar ahli UMNO dapat bermuhasabah dan mencari pendekatan yang dapat mengembalikan kegemilangan parti itu.

Jelasnya, UMNO Petaling Jaya akan terus istiqomah dan memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Persiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk menerajui parti.

“Alhamdulilah, telah selesai pengerusikan mesyuarat jawatankuasa Bahagian Petaling Jaya malam semalam. Antara yang kita bincang termasuklah isu berbangkit dan sesi post mortem PRN baru-baru ini.

Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya, Datuk Mutalif Abdul Rahim

“Banyak perkara menjadi asas kepada kemerosotan dan kekalahan BN sebenarnya, yang penting sekali saya mohon semua hentilah tuding jari dan buat desakan letak jawatan. Ini tidak akan beri parti kita kekuataan sebaliknya terus lemahkan kita di mata pihak lawan.

“UMNO Petaling Jaya akan terus memberikan sokongan kepada Presiden kita, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi  serta zahirkan solidariti pada setiap masa kerana kita yakin dengan cuba menyalahkan seorang sahaja tidak akan berikan kita kekuatan mahupun penyelesaian,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. ZAHID adakah lagi selain UMNO Bahagian Bagan Datoh dan PJ untuk SELAMATKAN ANDA? Mat Hasan macam terkedu je nak sokong ke idak? Senang-senang buat je EGM untuk Pemilihan KEPIMPINAN atas dasar MANDAT AKARUMBI.

Comments are closed.