Kredit : Indonesia's Ministry of Maritime Affairs And Fisheries

JAKARTA – Kementerian Hal Ehwal Marin dan Perikanan Indonesia telah menyita sebuah bot nelayan yang berdaftar Malaysia kerana menangkap ikan secara haram di perairan zon ekonomi eksklusif (ZEE) negara itu di Selat Melaka.

Lima warga Myanmar ditahan kerana ketiadaan permit yang diperlukan dan menggunakan peralatan penangkapan ikan yang dilarang, khususnya peralatan pukat tunda, dalam kejadian kedua seumpamanya sejak Khamis.

Ketua Pengarah Sumber Marin dan Perikanan Laksamana Muda Adin Nurawaluddin berkata, bot itu ditahan pada koordinat 03°42.993’N-100°07.71571’E pada Sabtu pukul 8.05 pagi waktu tempatan.

“Pasukan penguatkuasaan akan memindahkan kes yang melibatkan kru bot dan bukti ke Pejabat Pemantauan Sumber Marin dan Perikanan Belawan di Medan, Sumatera Utara,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Tindakan melanggar undang-undang maritim dan perikanan Indonesia boleh membawa kepada hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda sehingga 2 bilion rupiah atau RM607,340.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast