Amir Zulfikar Che Wil (kiri), 29, Rohaimi Ahmad (tengah), 47, dan Nik Muhamad Shafiq Abdul Hafiz (kanan), 21, dikhuatiri hilang setelah keluar dengan bot untuk memukat ikan di Kuala Kemasin, di sini 3 pagi semalam.

BACHOK – Tiga nelayan yang dilaporkan hilang semalam ditemukan selamat di Pantai Belawan dekat Tak Bai, Thailand pada pukul 2.32 petang hari ini.

Timbalan Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Kelantan Komander Maritim Khairun Dalilah Baharin berkata bot tersebut didapati kehabisan minyak dan rosak serta perlu ditunda oleh Polis Marin Thailand hingga ke sempadan.

“Bot tersebut ditemukan 10 kilometer dari sempadan perairan Malaysia-Thailand.

“Ketiga-tiga mangsa dijangka tiba di Jeti Kuala Kemasin lewat petang ini,” katanya kepada pemberita di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Kemasin, di sini hari ini.

Terdahulu, Bernama melaporkan tiga nelayan yang keluar memukat ikan di Kuala Kemasin di sini, dilaporkan hilang sejak 3 pagi semalam dipercayai selepas berlakunya ribut dan kabus tebal. – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast