KUALA LUMPUR – Kerajaan Melaka perlu mencontohi kerajaan negeri di Kedah dan Kelantan yang turut memberikan peruntukan kepada ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) pembangkang.
Ketua Penerangan Pemuda Perikatan Nasional (PN) Melaka, Dr Mohd Aleef Yusof berkata, sudah tiba masanya politik matang dipraktikkan dan hak rakyat di DUN Sungai Udang dan Bemban wajar dipenuhi.
“Maka sudah tiba masanya kerajaan negeri yang diketuai oleh Datuk Abdul Rauf Yusoh selaku Ketua Menteri yang baharu mencontohi usaha ini supaya saya dan ADUN Bemban dapat sama-sama menyumbang dan membantu rakyat di kawasan kami.
“Saban masa dan setiap hari begitu ramai pihak tampil dan menghubungi saya bagi memohon bantuan dan adalah amat menyedihkan ia tidak dapat dipenuhi,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Mohd Aleef berkata, Melaka hanya mempunyai dua ADUN pembangkang iaitu beliau yang mewakili Sungai Udang dan Dr Yadzil sebagai ADUN Bemban.
Ujarnya, mereka tidak mendapat peruntukan yang sewajarnya malah jauh lebih rendah dari ADUN kerajaan.
“Melaka mesti contohi Kedah dan Kelantan. Pasca PRN (Pilihan Raya Negeri) telah menunjukkan bahawa negeri yang dikuasai PN menghormati wakil rakyat yang dipilih dan kerajaan di negeri tersebut telah membuat keputusan untuk memberikan peruntukan yang sama kepada semua termasuk ADUN pembangkang.
“Hal ini jelas telah membuktikan bahawa keadilan dan hak yang mesti diberikan kepada ADUN pembangkang telah dipenuhi oleh kerajaan baharu yang dipilih selepas PRN.
“Ini menunjukkn sikap terpuji dan matang kerana memberikam kemudahan buat setiap ADUN termasuk pembangkang di negeri terbabit,” ujarnya.
Pada Rabu lalu, Kelantan dan Kedah mengumumkan akan berlaku adil dengan memberikan peruntukan sama rata kepada semua ADUN termasuk pembangkang.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, pendekatan itu bagi menghormati keputusan yang dibuat oleh rakyat pada PRN, 12 Ogos lalu.
Ini kerana katanya, musim pilihan raya sudah selesai dan tanggungjawab ADUN kini adalah kepada rakyat. – MalaysiaGazette
Woi masa Muhyidin jd PM, dia tak bagi satu sen pun kpd wakil rakyat pembangkang..kemudian lepas didesak, dia bagi hanya RM100 ribu sahaja kpd AP UMNO..walaupun UMNO sbhg kerajaan asalnya…kpd wakil rakyat PH satu sen tak ada peruntukan…dalam masa yg sama ahli parlimen PN Muhyidin bagi tiap seorang RM 3.5 juta! Masa tu ko pergi mana? Ko tidor kaaa? Kau ni belajar je tinggi tp otak bodoh..peruntukan utk rakyat akan jalan terus..tak semestinya melalui korang..rakyat tahu korang kepanasan tak boleh nak sakau komisyen mcm Muhyidin sakau Jana Wibawa tu…