Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan beramah mesra dengan orang ramai selepas Sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 31 OGOS 2023.

PUTRAJAYA –  Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riíayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan meluangkan masa lebih kurang 30 minit menyantuni rakyat usai sambutan Hari Kebangsaan 2023 pada hari ini.

Kedua-dua sosok yang cukup dikenali berjiwa rakyat itu sempat beramah mesra dan berswafoto  selama lebih kurang 30 minit bersama rakyat yang mengunjungi Dataran Putrajaya hari ini.

Tuanku dan Permaisuri cukup ramah disapa rakyat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang pada hari ini.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan beramah mesra dengan peserta selepas Sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya. Foto JABATAN PENERANGAN MALAYSIA, 31 OGOS 2023.

Baginda juga sempat mendukung seorang kanak-kanak lelaki ketika menyantuni rakyat.

Terdahulu Agong dan Permaisuri berangkat tiba di Dataran Putrajaya sempena Hari Kebangsaan 2023 tepat 8 pagi tadi.

Keberangkatan tiba disambut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil. -MalaysiaGazette