MACC logo Seri Iskandar airport land sales Perak
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merakamkan ucapan tahniah kepada Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh yang dilantik sebagai Peguam Negara yang baharu.

Suruhanjaya berkenaan yakin Ahmad Terrirudin akan menggunakan pengalaman dan kepakaran dalam bidang perundangan untuk menggalas tanggungjawabnya.

“SPRM yakin beliau akan terus menyumbang kepakaran beliau
berdasarkan pengalamannya yang luas dalam bidang undang-undang bagi melaksanakan peranan dan tanggungjawab sebagai Peguam Negara,” katanya menerusi kenyataan.

Ahmad Terrirudin dilantik sebagai Peguam Negara baru bagi menggantikan Tan Sri Idrus Harun yang akan tamat tempoh lantikan secara kontrak pada 5 September ini.

Pelantikan berkenaan berkuat kuasa 6 September 2023.

Terdahulu, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata pelantikan itu mendapat perkenankan Yang di-Pertuan Agong.

Dalam masa yang sama ia selaras Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Ahmad Terrirudin Peguam Negara yang baharu