Majlis Perasmian dan Makan Malam Amal YKRDM di Hotel Royale Chulan di Kuala Lumpur malam tadi.

KUALA LUMPUR – Yayasan Kor Risik Diraja Malaysia (YKRDM) menetapkan sasaran kutipan dana sebanyak RM2 juta sehingga akhir tahun untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan khususnya veteran dan warganya yang masih berkhidmat.

Pengasas YKRDM, Tan Sri Muhammad Ikmal Opat Abdullah berkata, objektif penubuhan yayasan ini bertetapan bagi membantu serta memberikan sokongan kepada mereka yang menghadapi masalah kesihatan yang serius termasuk mereka yang terjejas akibat kejadian bencana alam.

“Selain itu, yayasan juga menyokong ke arah usaha meningkatkan pendidikan, bidang kemahiran dan sosioekonomi.

“Melihat kepada sumbangan yang dihulurkan, saya amat terharu dan berterima kasih di atas keikhlasan anda semua.

“Saya berharap ia akan digunakan sebaik mungkin pihak Lembaga Pengarah dalam menentukan amanah yang digariskan terlaksana,” ucapnya pada Majlis Perasmian dan Makan Malam Amal YKRDM di Hotel Royale Chulan di sini malam tadi.

Majlis itu dihadiri oleh seramai 300 orang tetamu terdiri daripada orang awam serta bekas tentera Kor Risik dan Kor yang lain.

YKRDM telah ditubuhkan sejak 1 September 2021 di mana ia merupakan cetusan idea Tan Sri Dr Syed Azman Syed Ibrahim yang juga pengasas yayasan terbabit.

Permohonan penubuhan yayasan berkenaan telah diluluskan pada tahun 2022 dan ia sekaligus membuka peluang cerah untuk mereka memperoleh dana yang lagi besar berbanding sebelum ini.

Mejar Jeneral Datuk Hamzah Mohd. (kiri) dan Tan Sri Muhammad Ikmal Opat Abdullah.

Sementara itu, Presiden Kelab Veteran Kor Risik Diraja Malaysia (KVRM), Mejar Jeneral Datuk Hamzah Mohd. berharap kutipan dana pada tahun akan meningkatkan bergantung kepada aktiviti-aktiviti yang bakal dilancarkan untuk mendapatkan kutipan termasuk daripada orang awam.

“Aktiviti pertama yang bakal dijalankan adalah lebih kepada aktiviti kebajikan susulan ramai anggota-anggota yang terlantar, hidup dalam keadaan daif serta yang berada di bawah paras kemiskinan.

“Jadi, kita akan bantu mereka serba sedikit dalam mengurangkan bebas yang ditanggung,” ujarnya ketika sidang akhbar semalam.

Sementara itu, Pengerusi Pemegang Amanah YKRDM, Datuk Kamarudin Mohamed berkata, kutipan dana bakal ditingkatkan menerusi aktiviti-aktiviti sosial yang telah dirancang dari masa ke semasa.

“Kita bakal jalankan program iaitu golf amal yang mana akan dilaksanakan pada akhir Oktober serta sukan berbasikal atau ‘Fun Ride’ pada bulan November akan datang.

“Ini adalah punca dan sumber kita untuk banyakkan lagi dana dan pada masa sama, sesiapa yang membantu (penderma) ada hak untuk mendapat pelepasan cukai dan kita telah memohon perkara ini dari Lembaga Hasil Dalam Negeri,” jelasnya. – MalaysiaGazette

Antara penyumbang untuk Yayasan Kor Risik Diraja Malaysia.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast