Calon Pakatan Harapan (PH) P.161 Pulai, Suhaizan Kayat beramah mesra bersama anggota polis ketika melawat di pusat mengundi sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) P.161 Pulai di Markas Polis Marin, Johor Bahru. Foto MUHD NA’IM, 05 SEPTEMBER 2023.

JOHOR BAHRU – Calon Pakatan Harapan (PH), Suhaizan Kayat yakin tanpa logo dacing, para penyokong Barisan Nasional (BN) tetap akan memberikan undi kepadanya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai nanti.

“Kita menekankan wakil Kerajaan Perpaduan dalam PRK ini, jadi bila wakil kerajaan maknanya semua yang mendokong Kerajaan Perpaduan itu adalah satu kumpulan yang sama.

“Walaupun yang lain tidak bertanding tapi mewakilkan PH, ia juga sebenarnya menjadi calon kepada parti-parti yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat pusat mengundi bagi pengundian awal PRK Pulai di Markas Polis Marin Wilayah Dua di sini hari ini.

Menurut Suhaizan, ia juga sama seperti PRK bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai tidak lama lagi.

“Walaupun tidak ada keputusan lagi tapi status quo adalah dari BN jadi kita (PH) akan bantu BN nanti,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Suhaizan berpuas hati dengan perjalanan proses pengundian awal PRK Parlimen Pulai yang berlangsung hari ini.

Apa yang boleh  disimpulkan beliau, proses demokrasi itu dilihat cukup teratur tanpa berlaku sebarang insiden yang tidak diingini.

“Alhamdulillah perjalanan berjalan lancar.. kita ada dua tempat di Markas Polis Marin Wilayah Dua dan Balai Polis Kempas di mana di sini akan tutup pukul 5 petang dan Balai Polis Kempas sehingga pukul 12 dengan keseluruhan pengundi awal adalah 928 pengundi awal,” katanya.

PRK Parlimen Pulai dan Simpang Jeram menyaksikan saingan tiga penjuru di kerusi masing-masing, melibatkan pertembungan antara calon PH dengan Perikatan Nasional dan calon bebas.

PRK itu diadakan susulan kekosongan luar jangka berikutan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRK bagi kedua-dua kerusi itu diadakan serentak dengan hari pengundian awal hari ini  diikuti hari pengundian pada Sabtu ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. SUHAIZAN BERSAMA pANKHIANAT DAPIGS antara yang menentang kuat umno b end….HARI INI SANGGUP MENJILAT LUDAH MUNTAH NANAH untuk menagih sokongan

Comments are closed.