Motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas di lorong yang sedang dibaiki di 211.2 Lebuh raya Pantai Timur (LPT) hari ini

KUANTAN – Seorang penunggang motosikal maut apabila motosikalnya hilang kawalan sehingga terbabas di laluan pembaikan jalan di Kilometer 211.2 di Lebuhraya Pantai Timur (LPT), hari ini.

Ketua Polis Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mangsa Ahmad Emir Danial Ahmad Hamdan, 22 tahun disahkan meninggal di lokasi nahas 6.45 pagi tadi.

”Siasatan awal dapati, penunggang motosikal dari Kapar, Selangor menuju ke Kuala Terengganu dan tidak mempunyai lesen memandu.

”Apabila perjalanan sampai di tempat kejadian, ketika penunggang motosikal sedang bergerak lurus, tiba-tiba telah hilang kawalan lalu masuk ke laluan kiri yang sedang dalam pembaikan jalan dan terbabas jatuh di tengah jalan,” katanya menerusi kenyataan.

Wan Zahari berkata jenazah dihantar ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) bagi tujuan bedah siasat.

Kes masih dalam siasatan lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast