Wednesday, November 6, 2024
Home Seni Hidup Tiz Zaqyah lawat Abdur Rahman

Tiz Zaqyah lawat Abdur Rahman

Foto Instagram Tizz Zaqyah.
KUALA LUMPUR – Pelakon Tiz Zaqyah bersyukur kerana berpeluang melawat adik Abdur Rahman Amir Ruddin yang baru sahaja kehilangan ibu bapa bersama empat lagi adiknya yang terlibat dalam insiden kemalangan di Jalan Segamat-Kuantan dekat Taman Yayasan, Johor, pada Jumaat lalu.
Tiz yang hadir bersama rakannya ke Muar, Johor itu menyampaikan sumbangan hasil derma orang ramai kepada remaja berusia 19 tahun itu kelmarin.

“Alhamdulillah dapat juga rezeki melawat adik Rahman petang tadi di rumah mak ciknya di Muar.

“Alhamdulillah, ramai juga yang datang melawat. Terima kasih juga kepada yang menderma.

“Semoga Allah SWT permudahkan semuanya untuk adik Rahman. Salam takziah. Al-Fatihah,” tulisnya berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.
Mangsa yang terkorban adalah pasangan suami isteri Amir Ruddin dan Norahimah serta empat anaknya iaitu Fatimatulzahrah, 17; Seri Khadijah Aqilah,13; Rufaidatul Asyariyah, 10; dan Muhammad Assyakrawi, 5.
Seorang lagi anak pasangan itu yang menaiki kenderaan sama, Abdullah, 15, masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Segamat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast