Ameera dan Noor Kartini (kanan).

KUALA LUMPUR – Ibu kepada personaliti, Ameera Khan kesal apabila ada pihak menuduh anak perempuannya terlibat dalam aktiviti tidak bermoral berkaitan judi.

Datin Noor Kartini Mohamed berkata, tuduhan mendakwa Ameera terlibat dalam aktiviti perjudian perlawanan kuda seperti yang ditularkan di media sosial adalah fitnah.

Malah dia menyifatkan dakwaan tersebut sebagai biadab selain berpesan kepada pihak berkenaan menggunakan cara halal dalam mencari rezeki.

“Ini sangat biadab. Nak berniaga biarlah rezeki yang halal. Bukan sanggup fitnah macam ini,” katanya.

Ibu kepada pengacara dan pelakon Neelofa itu meluahkan kekesalan itu menerusi hantaran di Instagram miliknya.

Noor Kartini turut memuat naik paparan skrin hantaran di Facebook yang menyiarkan foto serta kapsyen persoalan sama ada keluarga Ameera tidak menegurnya yang dikatakan terlibat dengan perjudian.

Sebelum ini, nama Ameera kembali tular apabila memuat naik foto menghadiri sebuah acara lumba kuda di sebuah lokasi yang tidak diketahui.

Susulan itu, ramai melemparkan kata-kata negatif ekoran Ameera ada memuat naik fotonya sedang memegang tiket dengan kapsyen meletakkan pertaruhan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast