Hansi Flick. Foto Sky Sport.

LONDON – Hansi Flick telah dipecat daripada jawatan pengurus Jerman berkuat kuasa semalam selepas kekalahan yang memalukan 1-4 di tangan Jepun.

Bekas pemenang treble bersama Bayern Munich itu telah kehilangan jawatannya walaupun dia menegaskan selepas tamat perlawanan bahawa masih invidu paling tepat untuk mengendalikan skuad Jerman menjelang aksi Euro 2024 akan datang.

FA Jerman akan mengadakan mesyuarat tergempar untuk membincangkan calon pengurus baharu skuad kebangsaan mereka.

Buat masa ini, Rudi Voller akan menjadi pengurus sementara.

Pemain  Jerman pada masa itu membuat isyarat menutup mulut sebagai sindiran kepada Qatar yang menurut mereka tidak menyokong kebebasan hak asasi manusia. Termasuk isu berkaitan LGBT.

Jerman masih gagal menang dalam lima perlawanan terakhir mereka setakat ini.

Satu fakta yang mungkin agak pecah kepala untuk difikirkan Flick adalah jurulatih pertama dalam sejarah 123 tahun Jerman yang dipecat.

Sebelum ini, 10 pengerus meletak jawatan secara sukarela.

Bayern setuju mencapai kesepakatan bersama pada masa itu sebagai mengenang jasa  Flick yang cemerlang membantu Bayern menamatkan kempen dengan treble. – Agensi