ThaiStar Select sedang berlangsung di Star Grocer dan Whole Foods Express hingga 24 September ini.

KUALA LUMPUR – Berita gembira buat peminat produk Thailand apabila program ThaiStar Select sedang berlangsung di kesemua 20 cawangan Star Grocer dan Whole Foods Express di Kuala Lumpur, Selangor dan Kuantan yang menawarkan pelbagai rangkaian produk Thai.

Dianjurkan bersama Kedutaan Diraja Thailand di Kuala Lumpur, Jabatan Promosi Perdagangan Antarabangsa (DITP Malaysia) dan Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand (TAT) dengan kerjasama Star Grocer dan Whole Foods Express, program itu bermula 4 September lalu hingga 24 September depan.

Pengarah DITP Malaysia, Star Grocer dan Whole Foods Express, Morawan Wanwil berkata,  acara itu dijadualkan dari 4 hingga 24 September 2023.

Morawan Wanwil.

Menurut beliau, pihaknya yakin gabungan produk terbaik yang disediakan sepanjang ThaiStar Selecet itu akan menerima sambutan hebat dalam kalangan masyarakat Malaysia.

“Sebagai kolaborasi pertama, kami mempunyai keyakinan penuh bahawa gabungan produk yang terbaik akan membuahkan hasil yang luar biasa di mana jualan yang dijangkakan dijana melebihi RM400,000.

“Ia akan menampilkan pilihan yang mengagumkan bagi lebih daripada 300 unit simpanan stok (SKU) buah-buahan dan sayur-sayuran, barangan runcit, snek & kuih-muih, produk sejuk dan banyak lagi barangan dari negara itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Morawan menambah, apa yang membuatkan ThaiStar Select amat istimewa apabila menawarkan secara eksklusif demonstrasi masakan dan persembahan tradisional Thai yang  yang hanya boleh didapati di Star Grocer Paramount dan KSL Esplanade Mall.

“Pada hujung minggu, pengunjung di Star Grocer Paramount dan KSL Esplanade Mall boleh menyertai sesi cabutan bertuah dengan pembelian produk Thai bernilai RM40 atau lebih bagi menambah keterujaan kepada pengalaman membeli-belah mereka.

“Untuk meningkatkan keseronokan, Pertandingan TikTok turut dianjurkan untuk memberi pembeli peluang mempamerkan produk Thai yang menakjubkan dan memenangi hadiah hebat, termasuk percutian ke Krabi, Airpod dan lain-lain,” katanya.

Sementara itu, pelancaran program ThaiStar Select telah diadakan di Star Grocer Paramount Garden, Kuala Lumpur baru-baru ini. – MalaysiaGazette

Dianjurkan bersama Kedutaan Diraja Thailand di Kuala Lumpur, Jabatan Promosi Perdagangan Antarabangsa (DITP Malaysia), dan Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand (TAT).

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast