KUALA LUMPUR – ANAAKA, produk penjagaan kulit premium global mengukuhkan kedudukan di pasaran negara ini apabila membuka kedai fizikal di gedung serbaneka mewah terkenal dari Jepun iaitu Seibu yang terletak di pusat beli-belah The Exchange TRX.
Pengasasnya, Adam Chukri berkata, pembukaan itu menandakan pengembangan jenama formulasi dari Itali sebagai penanda aras kepercayaan, ketelusan dan standard kualiti dalam industri kecantikan global.
Katanya, mengambil kira perubahan pilihan pengguna global, pihaknya turut memperkenalkan konsep H-Beauty yang mengetengahkan pendekatan lebih ringkas dan telus dengan memberi tumpuan kepada kesihatan kulit.
“H-Beauty dibina berasaskan lima nilai utama iaitu Human (Kemanusiaan), Healthy (Sihat), Honest (Jujur), Harmonious (Harmoni) dan Halal, sebagai respons terhadap rutin penjagaan kulit yang semakin kompleks akibat lambakan produk dan trend yang sentiasa berubah.
“Falsafah itu turut diperluaskan kepada penjagaan rambut menerusi VOILEE, yang diinspirasikan daripada pengalaman rawatan spa kepala premium,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
ANAAKA mula menempa nama di pasaran Eropah seperti United Kingdom, Ireland, Jerman, Slovakia, dan Austria sebelum melebarkan sayapnya ke pasaran Malaysia.
Jenama itu juga pernah memenangi anugerah Best Halal Skincare Company di Global Beauty and Wellness Awards di London pada tahun 2021.
Mengulas lanjut, Adam menambah, pihaknya sedar mereka kini bukan sekadar membina jenama halal sebaliknya jenama yang berteraskan kepercayaan.
Ini kerana, kata beliau, pengguna mungkin tidak secara aktif mencari produk halal, tetapi mereka sentiasa mencari produk yang boleh dipercayai.
Menurutnya lagi, piawaian halal bukanlah bermula selepas menerima sijil semata-mata, sebaliknya terbit seawal pemilihan bahan mentah, penyelidikan, formulasi, proses pembuatan, kawalan kualiti, hinggalah pembungkusan dan keberkesanannya.
“Bagi memastikan setiap produknya memenuhi standard ditetapkan, ANAAKA diformulasikan menggunakan tiga bahan utama iaitu immortelle, air mawar dan asid hyaluronik halal.
“Selain formulasi, setiap produk ANAAKA disokong tiga tonggak utama iaitu pensijilan halal oleh IIDC Jerman, pengiktirafan daripada pakar dermatologi antarabangsa, Dr Jen Haley serta status Premium buatan Itali yang merangkumi keseluruhan proses formulasi, pembuatan dan pembungkusan,” katanya. – MalaysiaGazette
















