Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah. Foto MUHD NA’IM, 18 SEPTEMBER 2023.

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat hari ini diberitahu Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan mengenakan apa-apa tindakan sekiranya tidak menyentuh soal 3R (agama, bangsa dan institusi diraja).

Timbalan menterinya, Datuk Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, pihaknya memberikan jaminan tidak akan menyentuh mana-mana individu sekiranya tidak melangkaui batas ditetapkan dalam peruntukan perundangan negara.

“KDN sentiasa komited dan mendukung hak kebebasan bersuara seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan selagi ia mematuhi peraturan ditetapkan.

“Justeru semua pihak perlu mematuhi peraturan sedia ada bagi mengelak dikenakan tindakan (sekiranya menyentuh isu 3R),” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Shamsul Anuar berkata demikian ketika menggulung perbahasan lpaoran Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat hari ini.

Bagaimanapun beliau menerangkan polis akan mengambil tindakan ke atas individu yang dikenal pasti mengeksploitasi isu 3R tanpa mengira latar belakang, status atau kedudukan mereka.

Untuk rekod, beberapa pemimpin parti politik antaranya Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah dipanggil polis atas dakwaan menyentuh isu 3R sebelum ini.

Abdul Hadi disiasat mengikut Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Turut disiasat adalah Pengerusi DAP, Lim Guan Eng yang dipercayai menyentuh isu 3R dengan mendakwa ‘gelombang hijau’ bakal memusnahkan tokong dan menafikan hak agama di Pulau Pinang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast