Hardeep Singh Nijjar dibunuh pada bulan Jun lalu.

OTTAWA – Kanada bertindak mengusir seorang diplomat terkemuka India atas dakwaan penglibatannya dalam pembunuhan pemimpin Sikh negara ini, Hardeep Singh Nijjar di wilayah British Columbia pada bulan Jun lalu.

Menteri Luar Melanie Joly berkata, dakwaan terhadap diplomat India itu adalah sangat serius dan jika pertuduhan ini dapat dibuktikan ia akan menjadi satu pencabulan besar terhadap kedaulatan Kanada.

“Jika terbukti benar ini akan menjadi satu pencabulan besar terhadap kedaulatan kita dan peraturan paling asas bagaimana negara berurusan antara satu sama lain,” kata Joly kepada wartawan.

Lantaran itu, katanya, Kanada telah menghalau seorang diplomat terkemuka India.”

Joly berkata, Kanada berharap India dapat bekerjasama sepenuhnya dengan untuk menyelesaikan perkara ini.

Menteri Luar itu turut bercadang untuk membincangkan perkara itu semasa mesyuarat petang dengan menteri luar G7 di New York pada hari Isnin.

Sementara itu, Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau berkata, agensi keselamatan negara sedang menyiasat “dakwaan yang boleh dipercayai” bahawa “ejen Kerajaan India” terlibat dalam pembunuhan pemimpin terkenal Sikh Kanada.

“Sejak beberapa minggu lalu, agensi keselamatan Kanada sedang giat meneruskan dakwaan yang boleh dipercayai tentang potensi hubungan antara ejen Kerajaan India dan pembunuhan seorang warga Kanada, Hardeep Singh Nijjar,” kata Trudeau semasa berucap di Dewan Rakyat Kanada. – Agensi

1 Komen

  1. Singh ni sebuah etnik yang sangat besar dan berpengaruh di India tetapi malangnya mereka tidak pernah punyai sebuah negara? Mereka telah berusaha sekian lama.

    Maka bertebaranlah mereka diseluruh dunia sebagai immigrant termasuklah di Malaysia.

    Salam simpati kepada pemimpin singh yang terbunuh.

    Peace.

Comments are closed.