Penyanyi Zaiton Sameon (kiri) menerima sumbangan daripada perdana menteri yang disampaikan Setiausaha Politiknya Ahmad Farhan Fauzi di Ampang, baru-baru ini. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada penyanyi veteran, Zaiton Sameon yang mengalami gejala hilang ingatan sementara selepas terlibat dalam kemalangan sekitar 1990.

Menerusi catatan di Facebook, Perdana Menteri berkata, sumbangan itu disampaikan oleh setiausaha politiknya, Ahmad Farhan Fauzi yang beliau utuskan untuk berkunjung ke rumah Zaiton di Ampang, Selangor.

“Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan segera menyelesaikan bantuan warga emas kepada beliau (Zaiton),” kata Anwar.

Kemalangan yang menimpa Zaiton pada 1990 turut meragut nyawa anak tunggalnya.

Zaiton, 67, baru-baru ini dilaporkan media memohon bantuan kewangan bulanan JKM kerana hidup sebatang kara dengan menumpang di rumah anak angkatnya dan kurang mendapat tawaran menyanyi. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast