KUALA LUMPUR – Vokalis Hujan, Noh Salleh selamat mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihannya, Fatin Athira Mustapha hari ini dalam majlis ijab kabul di Tanjung Malim, Perak.
Berkongsi kapsyen pendek, Noh hanya menyatakan nama beliau dan isteri serta tarikh pernikahan.
Noh kelihatan elegan memakai baju Melayu dan sampin putih manakala dan Fatin Athira pula menggayakan baju kurung moden dan tudung rona yang sama.
Busana raja sehari serba putih berkenaan adalah rekaan Fidae.
Beberapa hari lalu, Noh mengumumkan kepada peminat akan mendirikan rumah tangga ketika membuat persembahan namun tidak berkongsi tarikh hari bahagianya bakal berlangsung.
Sebelum ini, Noh mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, Mizz Nina pada 2 Julai 2011 dan berpisah pada Ogos tahun lalu. – MalaysiaGazette