ISLAMABAD – Seramai 29 orang cedera apabila sebuah kereta api penumpang merempuh  sebuah kereta api kargo di wilayah timur Punjab Pakistan pada pagi Ahad.

Kejadian berlaku pada jam 4:30 pagi (waktu tempatan), mungkin disebabkan kecuaian kakitangan kereta api di daerah Sheikhupura di wilayah itu.

“Kakitangan kereta api itu dipercayai gagal menukar landasan untuk kereta api penumpang, menyebabkan ia terus bergerak di landasan ketika kereta api kargo berhenti.

Kereta api penumpang itu berjalan pada kelajuan rendah, yang membawa kepada intensiti kemalangan yang rendah, dan kebanyakan orang mengalami kecederaan ringan dalam kemalangan itu, menurut organisasi enyelamat milik kerajaan Rescue 1122.

“Sebanyak 27 orang yang cedera telah diberikan pertolongan cemas di lokasi manakala dua yang cedera parah telah dipindahkan ke hospital,” tambahnya.

Namun punca sebenar kejadian sedang disiasat. – Agensi