Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Lebih 41 laluan bakal ditutup bagi memberi laluan kepada acara Larian Kuala Lumpur Standard Chatered Marathon dan juga Perlumbaan Basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 pada 30 September dan 1 Oktober ini di ibu negara.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid menerusi satu kenyataan berkata, penutupan jalan-jalan akan dilaksanakan pada Sabtu dan Ahad ini memandangkan kedua-dua acara berprestij itu berlangsung di Dataran Merdeka dan kawasan KLCC.

“Pada Sabtu dan Ahad ini larian Marathon KLSCM 2023 akan memulakan acaranya di Dataran Merdeka dengan penyertaan seramai 25,000 orang dan beberapa jalan terlibat akan ditutup dan dilencongkan bermula pukul 12 tengah malam sehingga 11.00 pagi,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada Sabtu ini, sebanyak 12 jalan akan terlibat dalam penutupan iaitu Jalan Raja Dataran Merdeka – Jalan Raja Laut – Jalan Sultan Ismail – Jalan TAR -Jalan Dang Wangi – Jalan Ampang arah Pusat Bandar – Jalan P. Ramlee – Jalan Kuching menuju ke Bulatan Dato Onn – Jalan Parlimen kedua – dua arah – Jalan Kinabalu menuju Bulatan Dato Onn – Jalan Cenderawasih ke Jalan Lembah – Bulatan Hishamuddin ke Jalan Raja.

Tambah Allaudeen, pada hari acara sebenar iaitu Ahad pula penutupan jalan bagi acara KLSCM 2023 akan melibatkan sebanyak 29 jalan.

Laluan-laluan yang dimaksudkan adalah Jalan Raja Dataran Merdeka – Bulatan Dato Onn ke Jalan Tun Perak/ Jalan Raja Laut – Jalan TAR ke Jalan Tun Perak – Jalan Lebuh Ampang ke Jalan Tun Perak – Jalan Tun Perak ke Bulatan Dato Onn – Jalan TAR dari Chow Kit ke Dataran Merdeka – Jalan Raja Laut ke Jalan Sultan Ismail – Jalan Kuching ke Jalan Sultan Ismail dari arah Utara dan Selatan – Jalan Sultan Azlan Shah dari arah Sentul ke Jalan TAR – Jalan TAR dari Bulatan Pahang – Jalan Raja Muda Abdul Aziz dari Chow kit Ke Persimpangan Jalan Raja Abdullah.

Malah penutupan juga membabitkan Jalan Raja Abdullah kedua – dua hala sehingga ke Jalan Sultan Ismail – Sepanjang Jalan Sultan Ismail kedua-dua hala – Jalan P. Ramlee ke Jalan Pinang dan Jalan Raja Chulan – Jalan Bukit Bintang dari arah Jalan Tun Razak – Jalan Raja Chulan ke Jalan Bukit Bintang – Jalan Perak ke Jalan P.Ramlee dan keah,  Jalan Sultan Ismail – Jalan P. Ramlee ke Jalan Ampang – Jalan Tun Razak ke Jalan Ampang dari Bulatan Kampung Pandan.

Selain itu turut ditutup adalah Jalan Tun Razak ke Jalan Ampang dari arah IJN – Jalan Ampang dari arah Ampang ke KLCC – Jalan Ampang Hilir ke Jalan Ampang ke Jelatek – Dari Persimpangan Jalan Ampang /Jalan Tun Razak sehingga ke persimpangan Jalan Jelatek – Lebuhraya AKLEH kedua arah – Lebuhraya DUKE dari arah Ulu Kelang sehingga ke Tol Duta – Jalan Kuching menuju Ke Cheras (kenderaan dilencongkan ke arah lebuhraya DUKE arah Ampang) – Bulatan Segambut dari arah Jalan Sultan Azlan Shah.

Beliau juga memaklumkan Jalan Tuanku Abd Halim juga akan ditutup ke arah pusat bandar – Jalan Tun Razak ke Jalan Kuching pusat bandar berhampiran WTC – Jalan Kinabalu ke Bulatan Dato Onn dari arah Masjid Negara.

Dalam pada itu, Allaudeen juga menjelaskan perlumbaan basikal Petronas Le Tour De Langkawi Malaysia 2023 telah memulakan perlumbaannya sejak 23 Oktober lalu bermula di Kelantan dan akan berakhir di KLCC, ibu negara pada 30 Oktober juga.

“Perlumbaan LTdL itu akan menutup tirai di ibu negara akan melalui beberapa jalan utama di pusat bandar raya ini dan sehubungan itu Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur (JSPTKL) akan menutup sembilan jalan yang akan digunakan oleh pelumba untuk menamatkan saingan itu di KLCC Sabtu ini.

“Laluan akan ditutup bermula dari Jalan Jelatek ke Jalan Ampang Pusat Bandar dan ke Jalan Kampung Pandan – dari Jalan Kampung Pandan Ke Jalan Ampang – pusat bandar dan ke arah Pusat Bandar Ampang 3 – dari arah Jalan Ampang Hilir ke Jalan Ampang pusat bandar dan ke arah Pusat Bandar Ampang – dari arah Pusat Bandar Ampang ke Jalan Ampang.

Manakala Jalan Tun Razak juga ditutup ke Jalan Ampang bermula di hadapan bangunan PNB – Jalan Tun Razak dari arah Timur di tutup untuk ke persimpangan Jalan Ampang Jalan Tun Razak sebelum bangunan Plaza Intermark – dari Jalan Yap Kwan Seng ke Persimpangan jalan Ampang Jalan Yap Kwan Seng – dari jalan P. Ramlee ke jalan persimpangan Jalan Ampang ke Jalan P. Ramlee – dari persimpangan Jalan Sultan Ismail ke Persimpangan Jalan Ampang dan Jalan Yap Kwan Seng.

“Kesemua penutupan dan lencongan jalan-jalan tersebut akan dilaksanakan bermula 3.15 petang sehingga 4.15 petang Sabtu ini.

“Sehubungan itu, polis Kuala Lumpur menasihatkan pengguna jalan raya yang hendak melalui jalan-jalan tersebut agar merancang perjalanan dan memberi kerjasama bagi mengelak sebarang kesulitan selain memastikan kelancaran aliran trafik di kawasan tersebut.

Sementara itu, orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau mahu mendapatkan maklumat lebih lanjut berhubung penutupan laluan pada Sabtu dan Ahad ini boleh menghubungi Hotline Trafik KL di talian 03-20719999 / 03-20719777 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau layari laman sesawang Facebook Polis Kuala Lumpur atau Facebook Trafik Kuala Lumpur.- MalaysiaGazette