KUALA LUMPUR – Malaysia mencatatkan jumlah perdagangan bernilai RM213.0 bilion pada Ogos 2023 dengan nilai eksport RM115.2 bilion dan import bernilai RM97.9 bilion.

Lebihan dagangan Malaysia meningkat 0.1 peratus tahun ke tahun kepada RM17.3 bilion pada Ogos 2023.

Sebanyak 10 negeri mencatatkan lebihan dagangan iaitu Pulau Pinang, Sarawak, Johor, Sabah, Labuan, Pahang, Terengganu, Perak, Kelantan dan Perlis

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, prestasi eksport Malaysia pada Ogos 2023 bernilai RM115.2 bilion, menurun sebanyak RM26.4 bilion (-18.6%) berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya.

Penurunan eksport dipengaruhi oleh eksport yang lebih rendah di kebanyakan negeri iaitu Pulau Pinang (-RM9.1 bilion), Johor (-RM7.9 bilion), Selangor (-RM3.6 bilion), Sarawak (-RM2.7 bilion),  Kuala Lumpur (-RM2.5 bilion), Melaka (-RM607.1 juta), Sabah (-RM484.8 juta), Kelantan (-RM253.5 juta), Terengganu (-RM191.6 juta), Perak (-RM124.7 juta), Pahang (-RM86.0 juta) dan Perlis (-RM26.0 juta).

Namun, nilai eksport meningkat di Labuan sebanyak RM719.1 juta, Kedah (+RM431.3 juta) dan Negeri Sembilan (+RM246.8 juta).

Pulau Pinang kekal sebagai pengeksport utama dengan sumbangan 28.8 peratus, diikuti oleh Johor (22.1%), Selangor (18.4%), Sarawak (7.9%) dan Kedah (4.2%).

Beralih kepada prestasi import mengikut negeri, Mohd Uzir berkata, import pada bulan Ogos 2023 juga menurun RM26.4 bilion (-21.2%) berbanding bulan yang sama pada 2022.

Penurunan import disebabkan oleh import yang lebih rendah di kebanyakan negeri iaitu Johor (-RM12.2 bilion), Pulau Pinang (-RM6.2 bilion), Selangor (-RM4.2 bilion), Negeri Sembilan (-RM1.2 bilion), W.P. Kuala Lumpur
(-RM721.2 juta), Pahang (-RM402.3 juta), Kedah (-RM348.0 juta), Labuan (-RM347.1 juta), Sabah (-RM257.0 juta), Melaka (-RM237.1 juta), Perak (-RM190.0 juta), Sarawak (-RM63.7 juta), Perlis (-RM15.8 juta) dan Kelantan (-RM6.1 juta).

Walau bagaimanapun, nilai import meningkat di Terengganu sebanyak RM188.1 juta.

Selangor terus mendominasi import Malaysia dengan 27.7 peratus, diikuti oleh Johor (21.1%), Pulau Pinang (21.1%), W.P. Kuala Lumpur (7.1%) dan Kedah (5.9%). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast