BENTONG – Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menafikan dakwaan bahawa Pakatan Harapan (PH) menuntut 30 peratus kuota jawatan lantikan dalam kerajaan negeri Pahang.
Beliau berkata, stakat ini belum ada pelantikan baharu termasuk jawatan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
“Sehingga kini kedudukan JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung), kita belum buat pelantikan baru. Jadi macam mana boleh kata tuduhan 30 peratus,” katanya selepas program ramah mesra di Kuarters Kilang Sawit Felda Kemasul, dekat sini, hari ini.
Calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli menerusi hantaran di laman Facebook, mendakwa terdapat rundingan antara Barisan Nasional dan PH berkaitan kuota 30 peratus jawatan lantikan dalam kerajaannegeri yang masih belum selesai.
Menurut Wan Rosdy, tuduhan itu menimbulkan persepsi ada dalam kalangan orang ramai terpedaya dengan dakwaan tersebut. – MalaysiaGazette