Pulau Gaya terletak kira-kira 10 minit menaiki bot dari Kota Kinabalu, Sabah. Luasnya 1,465 hektar dan termasuk dalam warta Taman Tunku Abdul Rahman.
Pulau ini cukup strategik kerana berdekatan ibu negeri Sabah iaitu Kota Kinabalu. Sesiapa sahaja boleh melancong dan berkelah di pantai Pulau Gaya yang indah itu. Terdapat pelbagai tempat-tempat untuk melancong yang menarik di pulau tersebut.
Terdapat 6000 orang penduduk yang mendiami rumah air iaitu rumah kayu bertiang dibina di tepi pantai yang cetek dan landai. Dari satu rumah ke satu rumah dihubungkan dengan papan-papan kecil nipis dan anda pasti gayat meniti dari papan ke papan di satu kampung manakala di kampung yang lain agak tersusun corak penempatan dengan rumah-rumah yang tersusun semuanya menghadap ke laut.
Bagi penduduk kampung pengangkutan utama ialah bot dan perahu nelayan. Mereka akan ke Kota Kinabalu untuk membeli barang keperluan dan berkerja. Rumah air ini pernah terbakar beberapa kali dahulu.